Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Ceramah Motivasi PSR

Wednesday, May 14, 2008




*Photos by : Mr Sbry


Satu sesi ceramah motivasi PSR bagi murid-murid Darjah 6 telah diadakan hari ini, Rabu 14hb Mei 2008 bertempat di Dewan Serbaguna, SR Pusar Ulak.


Ceramah tersebut adalah salah satu daripada aktiviti yang dirancang oleh pembantu-pembantu bimbingan dan kaunseling bagi SR Raja Isteri Fatimah, SR Pusar Ulak, SR Dato Godam, SR Pusar Ulak dan SR Bendahara Lama bagi Kawasan Brunei I.

Ceramah yang dibahagi kepada dua sesi itu dikendalikan oleh Cikgu Hj Sulaiman Bin Hj Japar dan Cikgu Pg Omar Pg Hj Othman.


Antara lain tujuan ianya diadakan ialah bagi memberi perangsang dan motivasi diri kepada murid-murid untuk mempertingkatkan prestasi terutama sekali dalam Peperiksaaan Penilaian Sekolah Rendah nanti serta untuk mengongsikan peranan Ibubapa dan penjaga bagi sama-sama membantu anak-anak mereka dalam meningkatkan lagi prestasi murid-murid. Ianya juga sekaligus mengembangmajukan potensi serta keupayaan murid-murid dalam pembelajaran harian mereka.


Ceramah yang turut dihadiri oleh kalangan ibu-bapa itu diakhiri dengan sesi soaljawab daripada para hadirin khususnya murid-murid.



















Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.