Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Taklimat Perkhidmatan Bimbingan Sekolah

Thursday, June 5, 2008

Antara kualiti yang perlu ada dalam diri seorang kaunselor adalah antaranya ialah sikap percaya-mempercayai, sentiasa berfikiran terbuka, sentiasa bersikap menghormati dan sebagainya. Perkara ini disebut oleh Puan Hajah Pasah Bte Hj Ahmad selaku kaunselor dalam satu taklimat yang diadakan di Sekolah Rendah Pusar Ulak kelmarin.

Taklimat mengenai Pendedahan Perkhidmatan Bimbingan Sekolah (PBS) tersebut adalah untuk memberikan informasi kepada guru-guru sekolah tersebut mengenai latar belakang, objektif serta peranan sekolah dalam menjayakan program PBS ini. Puan Hajah Pasah Bte Hj Ahmad, Kaunselor daripada Unit Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah turut memaklumkan bahawa PBS adalah sebagai satu program tambahan kepada semua pengurusan sekolah yang sedia ada. Ianya disediakan oleh pihak kementerian untuk membantu menguruskan isu masalah pelajar-pelajar serta mengembangkan bakat dan potensi pelajar melalui aktiviti bimbingan yang lebih teratur dan sistematik.

Beliau juga turut menekankan mengenai tujuan PBS diadakan adalah selaras dengan asas kecemerlangan pihak sekolah sendiri iaitu melahirkan pelajar-pelajar yang berkeupayaan menguasai semua kemahiran akademik dengan cemerlang dan mencapai prestasi yang membanggakan dan berkualiti. Disamping menjadikan pelajar-pelajar ini warga negara yang cemerlang di masa akan datang.

Puan Hajah Pasah melalui Program PBS yang lebih menekankan kepada Akademik ini juga menyeru agar kerjasama yang berterusan antara kaunselor, pembantu kaunselor dan guru-guru secara amnya perlu wujud demi untuk memastikan perlaksanaan program dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Taklimat tersebut diakhiri dengan sesi soal-jawab dan penyampaian cenderamata kepada Puan Hajah Pasah Hj Ahmad yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Fatimah Bte Hj Ali selaku wakil Gurubesar SR Pusar Ulak.




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.