Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Keluarga - Negara Zikrullah

Sunday, July 27, 2008

Satu Majlis Ceramah sempena Majlis Ilmu 2008 telah diadakan pagi ini di Pusat Persidangan Antarabangsa yang turut dihadiri oleh kaum kerabat Diraja Brunei.

Ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Sharifah Hayati Syed Ismail dari Malaysia bertajuk 'Ke arah merealisasikan keluarga zikrullah' . Antara intipati ceramah beliau (antara pendakwah favorite... :) ) ialah :

Kita mampu merealisasikan keluarga zikrullah melalui pelbagai cara dan keadaan secara langsung dan tidak langsung seperti melalui perbualan, teguran, gurauan...

Antara Sunnah Nabi Muhammad SAW :
  1. beri salam (salam sebagai zikrullah yang paling menjadi kebiasaan tanpa kita sedari)
  2. bertanya khabar (dengan jawapan alhamdulillah...ianya sebagai zikrullah as well)
  3. dan lain-lain.
bertanya khabar secara islamic sebagai branding dalam dunia islam :

di Jawa :
'Kabare' dan dijawab 'Waras'
di Barat :
'How are you?' dan dijawab 'I am fine'
dalam dunia Islam :
'Apa khabar?' dan kita jawab 'Alhamdulillah, baik'.


Seterusnya dalam usaha merealisasikan hasrat menghayati zikrullah..kita haruslah sentiasa Ingat, Beringat-Ingat dan Ingat-Memperingati..

Finally,
sekiranya kau ada 3 perkara ini, kau ibarat mendapat nikmat dunia dan akhirat.
hatinya yang sentiasa penuh dengan rasa syukur
lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah
badan yang sentiasa ditimpa musibah, namun kita bersabar.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.