
Bagi kumpulan kami, kumpulan C, kami terlebih dahulu menyaksikan pameran statik di mana kami didedahkan dengan pelbagai alatan dan senjata yang digunakan oleh tentera. Kami dibenarkan untuk memegang senjata-senjata berkenaan walaupun kami agak takut juga jika senjata berkenaan meletup. Kami juga telah dibenarkan untuk merasa makanan atau 'ration' yang biasanya dibawa oleh tentera sebagai bekalan makanan mereka di hutan. Makanan yang kami rasa berbentuk segi empat dan rasanya seperti coklat. Menurut pegawai tentera, makanan tersebut adalah makanan tenaga. Kami juga mengenal beberapa jenis pakaian yang digunakan oleh tentera dalam pelbagai aktiviti seperti baju kalis peluru, baju sniper (penembak hendap) dan sebagainya.





Akhirnya kami dibawa melawat kawasan ikhtiar hidup. Di sana kami diberikan penerangan tentang tumbuhan atau buah-buahan yang boleh dimakan dan yang patut dielakkan..jika dimakan terasa gatal mulut jangan dipajal katanya.. Beberapa jenis perangkap juga diperlihatkan di samping demonstrasi penggunaan perangkap berkenaan bagi menangkap binatang atau musuh.. jerat langgar, jerat 'no mercy' dan entah apakah lagi tu.. Ada jua pondok-pondok yang dibina bagi perlindungan jika tersesat atau terpaksa bertahan hidup di dalam hutan.. pondok 2 minggu, pondok seminggu dan entah berapa lama.. Akhirnya kami dibawa 'mencari benda'. Kami disuruh memerhati dan mencari benda seperti topi askar, mangkuk dsb dari jarak jauh.. Yeaa aku orang pertama yang nampak botol bedak askar dan aku dibagi hadiah 'coklat tenaga'!! :)

minuman tin sajuk-sajuk pun kana bagi.. 100-plus and mirinda.. Baik askar ani eh...
Setelah siap makan Cikgu Hj Taha, Guru Besar, Cikgu Hjh Rosinah dan Siti Khalilah mencuba memakai baju sniper.. ada yang macam orang utan.. mcm rumput jua usulnya.. tapi macam lady diana pun ada hahaha

Disediakan oleh:
Diana Nursyazwani Hj Roslani
Darjah 6C, SR Pusar Ulak
Disunting oleh:
Hjh Salwati Hj Md Sulaiman.
*click picture to enlarge & more picture will be posted in the album soon, tq*
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Post a Comment