Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Sambutan Hari Raya 1429H

Thursday, October 16, 2008

Hari ini, SR Pusar Ulak dengan rasa penuh bersyukur dapat meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi peringkat Sekolah. Majlis secara ringkasnya dimulai dengan laungan takbir Hari Raya oleh guru-guru lelaki SRPU yang diketuai oleh Ustaz Hj Syafie Bin Hj Md Jaafar. Laungan takbir tersebut turut disertai oleh sekumpulan murid-murid dari darjah 5 sekolah ini.


Majlis selanjutnya diteruskan dengan openhouse bagi setiap darjah. Apa yang menariknya, murid-murid dalam pelbagai fesyen baju raya mereka turut membawa pelbagai juadah hari raya khusus untuk menjamu rakan-rakan mereka. Murid-murid turut mengambil peluang ini untuk berkunjung berhari raya ke bilik-bilik darjah yang lain dengan tujuan mengeratkan silaturahim. Ibu-bapa juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama menghadiri Majlis Sambutan ini untuk menyambut bersama warga sekolah.

Sekali lagi, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin.

*click picture to enlarge*
.: More pictures will be uploaded soon, tq ;) :.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.