Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Aktiviti Darjah 6....

Monday, November 3, 2008

Acara : Lawatan ke Muzium Teknologi Melayu, Muzium Negara serta
Makam Sultan Bolkiah.
Tarikh : 3hb November 2008

Jam : 9.00 pagi.

Seramai 60 orang dan 8 orang guru telah membuat satu rombongan lawatan ke tempat-tempat yang dirancang pagi ini.

Lawatan dimulakan di Muzium Teknologi Melayu selama 3o minit diikuti dengan
lawatan ke Muzium Negara selama 1 jam. Semasa melawat Muzium Negara, murid-murid berkesempatan menjawab kuiz anjuran Muzium sempena Jubli Emas Masjid SOAS. Murid-murid berkesempatan melihat cara hidup serta budaya hidup orang-orang Brunei dahulu. Di ruang lain pula terdapat alat-alat bersejarah (artifak) seperti perkakas rumah, senjata dan lain-lain. Antara lain yang turut dipamerkan ialah Adat Perkahwinan (cara), Barang Perhiasan dll. Di ruang sejarah pula mempamerkan Sejarah Kesultanan Brunei bermula daripada Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad) hingga Sultan pada masa ini. Murid berikutnya masuk melawat ke Bilik Proses Sejarah Penemuan Minyak&Gas Brunei, Kawasan Pameran Artifak Kapal, Bilik Pameran Tembikar2 Lama dll. Sebelum meninggalkan Muzium tersebut, murid-murid turut melihat pameran bintang-binatang yang boleh ditemui di negara ini.

Seterusnya, Muzium Teknologi turut mempamerkan rumah puak-puak Melayu Brunei serta
pekerjaan utama mereka secara lebih khusus.

Destinasi terakhir yang turut dilawati ialah Makam Sultan Bolkiah, Kota Batu. Lebih kurang 10 minit. Cikgu Samra sebagai salah seorang guru Sejarah di SR Pusar Ulak turut memberi sedikit sebanyak penerangan, sejarah pemerintahan dan latar belakang Al-Marhum Sultan Bokiah. Lawatan diakhiri dengan Bacaan Al-Fatihah khusus untuk Al-Marhum Baginda Sultan Bolkiah diketuai oleh Cikgu Murshidi Bin Hj Awang Taha.

Aktiviti membubul rambat

'Oii Pak Saloiii...apa kita bawaa?????'

Aktiviti menampi padi


Lawatan ke Makam Sultan Bolkiah


Penutur: Cikgu Samra Bin Hj Masri (GK ECA SRPU)
Penulis : Raine HD
Foto : Amp Siti Marlina Bte Amp Mohammad


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.