Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

LAWATAN PPKD BRUNEI I

Saturday, January 10, 2009

10hb Januari 2009

Sekolah Rendah Pusar Ulak
hari ini beruntung kerana menjadi Sekolah pertama yang dilawati oleh Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Brunei 1, Cikgu Hj Jaafar bin Hj Ahmad. Lawatan kerja ini merupakan salah satu rutin kerja PPKD bagi memantau pengajaran dan pembelajaran yang berjalan di Sekolah-Sekolah Rendah terutama sekali Sekolah-Sekolah Rendah Brunei 1. Turut sama, sekali lagi Cikgu Hj Awang bin Hj Abd Ghani, Penyelia Daerah Sekolah Rendah Brunei 1.


Lawatan PPKD khusus bagi mengikuti perkembangan pengajaran dan pembelajaran di SR Pusar Ulak iaitu bagi kelas-kelas yang melaksanakan kurikulum SPN21. Antara yang menjadi perhatian PPKD adalah buku-buku teks dan buku-buku kerja SPN21 di samping teknik pengajaran guru-guru. Beliau amat menekankan kepentingan pengajaran yang berpusatkan pelajar (student centered) dan menggalakkan guru-guru untuk meningkatkan lagi inisiatif dan kreativiti bagi memastikan pelajar-pelajar akan dapat memahami pelajaran sepenuhnya sebelum mereka melakukan latihan bertulis.

Di samping lawatan rutin berkenaan, PPKD juga sempat melawat Dewan Peperiksaan dan menandatangani buku lawatan di bilik pentadbiran. PPKD, PD dan GB seterusnya berbincang mengenai SPN21 serta Pertandingan Maths Trail yang akan dilaksanakan penghujung bulan Januari 2009 ini.

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.