Satu perjumpaan telah diadakan diantara guru-guru kelas sesi pagi bagi SR Pusar Ulak dan guru-guru kelas sesi petang bagi SU Pusar Ulak bertempat di Bilik Muzakarah, SRPU.
Dalam ucapan alu-aluan oleh Cikgu Hjh Salwati Hj Md Sulaiman, beliau menyebut antara matlamat bagi perjumpaan diadakan ialah bagi meningkatkan komunikasi antara kedua belah pihak untuk keberkesanan penggunaan bilik darjah pada tahap yang maksima. Ini adalah penting untuk memastikan keselesaan bukan sahaja pada guru malah murid-murid sendiri dalam penggunaan bilik darjah. Selain daripada itu, perjumpaan turut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja sesi pagi dan petang.
Beliau turut menyebut mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh guru-guru bagi memastikan pengurusan bilik darjah yang sempurna bukan sahaja bagi kegunaan sesi pagi malah turut sama dirasa bagi murid-murid dan guru sesi petang.
Klik di sini untuk koleksi gambar yang lain.
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Post a Comment