SRPU hari ini menerima kunjungan daripada dua orang Pegawai Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Hj Rosham Bin Hj Timbang dan Hj Mashusaini Bin Hj Abd Rahman yang khusus sedang menjerayawarakan tentang Pengawas Lalulintas di sekolah-sekolah. Ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh Pihak JPD bagi memastikan keselamatan kanak-kanak semasa melintas jalanraya.
Dalam sesi taklimat, pegawai-pegawai berkenaan menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab seorang Pengawas Lalulintas sekolah dan juga peraturan menggunakan jalan raya khusus bagi pejalan kaki seperti penggunaan 'zebra crossing' dan 'jejantas'. Selesai taklimat, guru-guru dan murid-murid diberikan peluang bagi bertanyakan sebarang masalah yang berkaitan dengan peraturan penggunaan jalan raya.
Murid-murid dan guru juga diberikan peluang bagi mempraktikkan cara-cara menyeberang jalan yang betul bersama Pengawas Lalulintas sekolah. Agak sukar juga, kerana ada sebahagian kecil kereta yang melintas enggan berhenti untuk mengikuti isyarat Pengawas Lalulintas.. mungkin kerana belum terbiasa.
Album gambar acara di sini.
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Post a Comment