Hari pertama penggal kedua persekolahan, satu taklimat mengenai kejohanan catur peringkat Daerah Brunei Muara telah diadakan di Sekolah Rendah Pusar Ulak.


Taklimat dihadiri oleh guru-guru pengawas yang juga sebagaimana yang telah dimaklumkan, juga akan menjadi arbiter (hakim) semasa kejohanan itu nanti. Menurut Pengerusi Kejohanan iaitu Guru Besar SR Pusar Ulak, beliau amat mengharapkan agar hakim-hakim akan dapat memastikan kualiti permainan catur agar murid-murid yang menyertai akan beroleh pengalaman yang bermanfaat dalam permainan catur yang memerlukan mereka memikirkan strategi bagi mencapai kejayaan.Taklimat turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Brunei-Muara, Tutong dan Belait. Pg Jusri, Ketua Bahagian Sukan dan Permainan Jabatan Pendidikan Kokurikulum turut memberikan penerangan dari segi teknikal kejohanan catur berkenaan.
HSMS
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Post a Comment