Peraduan Azan Subuh Serta Doanya Dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Bagi Sekolah-Sekolah Rendah & Pendidikan Swasta Negara Brunei Darussalam Ke 21.
Acara tersebut telah diadakan pada Sabtu lepas 2hb Mei 2009 bertempat di Dewan Serbaguna, SR Pusar Ulak.
Ianya adalah sebahagian daripada kegiatan tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum(Bahagian Keagamaan) Kementerian Pendidikan sejak tahun 1988.
Antara tujuan kegiatan ini ialah:
- Memupuk dan meningkatkan kesedaran dan kefahaman beragama dengan menghayati Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran dan Azan.
- Melibatkan penyertaan murid-murid dalam kegiatan yang bercorak keagamaan di samping mengasuh bakat dan kebolehan mereka di bidang pembacaan Ayat-Ayat Lazim dan Azan Subuh beserta doanya.
- Mendidik murid-murid dengan menanamkan semangat cintakan Al-Quran ketika mereka masih di alam persekolahan serta menjadikan membaca Al-Quran sebagai suatu buadaya yang wajib diutamakan kepada murid-murid di Negara Brunei Darussalam.
- Mendukung konsep falsafah MIB (Melayu Islam Beraja)
Sebanyak 16 buah sekolah telah menghantar penyertaan masing-masing melalui dua aktiviti yang dipertandingkan.
Berikut adalah keputusan bagi setiap peraduan :
Peraduan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
1) Sekolah Rendah Haj Tarif
2) Sekolah Rendah St Andrews (Pagi)
3) Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah
Peraduan Azan Subuh Serta Doanya
1) Sekolah Rendah St Andrews (Pagi)
2) Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah
3) Sekolah Rendah Saba Darat.
Hadir selaku tetamu kehormat sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Awang Hj Salim Bi Hj Muntol, Penyelia Kanan Daerah, Jabatan Sekolah-Sekolah daripada Kementerian Pendidikan.
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Post a Comment