Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Pertandingan Multimedia Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kawasan

Sunday, May 31, 2009

16hb Mei 2009 @ Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Br 1

Seramai 13 buah sekolah dari Kawasan Brunei 1 pada hari ini telah mempertandingkan slaid yang bertemakan "Tell-A-Friend Road Safety". Pertandingan berlangsung di dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, yang dihadiri oleh Guru-Guru Besar, Penolong Guru-Guru Besar serta guru-guru pengawas sekolah masing-masing dan hakim-hakim dari Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pengangkutan Darat, Brunei.


Pertandingan yang sengit bagi ke 13 buah sekolah telah menyebelahi Sekolah Rendah Pusar Ulak sebagai Juara bagi Kawasan Brunei 1, Kedua Sekolah Rendah Pehin Jamil dan Ketiga ialah Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah. Hadir sebagai Tetamu Hormat untuk menyampaikan hadiah ialah Guru Besar Sekolah Rendah Pusar Ulak sendiri iaitu Cikgu Hjh Salwati binti Hj Md Sulaiman.

Tahniah kepada murid-murid yang bertanding atas usaha dan kerjasama dalam menjayakan pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada pasukan Sekolah Rendah Pusar Ulak yang mana kejayaan ini adalah untuk kali tahun yang kedua berjaya masuk ke Semi-Final. Pertandingan Separuh Akhir akan diadakan pada 23hb Mei 2009 nanti.


Teruskan usaha dimasa hadapan...."All the best SRPU"...tahniah kepada Guru Pengawas Cikgu Siti Nurdiana dan Cikgu Hjh Mas Salina.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.