11hb Jun 2009.
Sebagai menyahut seruan pihak kementerian untuk meningkatkan lagi kesihatan, kebersihan dan keselamatan individu (khusus murid-murid), satu taklimat ringkas mengenai Cara Mencuci Tangan dengan Sabun telah diadakan di Dewan SR Pusar Ulak, pagi ini.
Taklimat telah dikendalikan oleh Cikgu Ampuan Nornani Ampuan Babba selaku Guru Khas Sains SRPU melalui Bahagian Kesihatan & Kecemasan kelolaan Cikgu Artinah Abdullah.
Taklimat bertujuan untuk memberi garis pandu mencuci tangan dengan betul serta meningkatkan kesedaran betapa pentingnya aspek menjaga kesihatan. Disamping itu, ianya juga diharapkan dapat meningkatkan praktis hygiene dan sanitasi (mempraktikkan personal hygiene secara individu).
Satu latihan praktikal telah diadakan sejurus selepas taklimat. Praktikal mencuci tangan dengan betul secara berperingkat telah diawasi serta dibimbing oleh guru-guru kelas masing-masing.
Perlunya kebersihan diterapkan dari kecil lagi adalah penting sebagai budaya amalan terbaik dalam melahirkan kebersihan diri dan persekitaran.
"Clean Hands, Healthy Life"
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
SEO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment