Pelajar sekolah di seluruh negara - sama ada sekolah kerajaan atau sekolah swasta - dan sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Agama hanya akan memulakan sesi persekolahan mereka pada 6 Julai ini.
Pengumuman itu yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini juga membabitkan sekolah Arab dan Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di seluruh negara serta penuntut dan pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei dan Sekolah Antarabangsa Jerudong.
Bagaimanapun sepanjang tempoh berkenaan, pelajar tidak dibenarkan ke luar negara dan dinasihatkan supaya mengurangkan kegiatan sosial.
Bagaimanapun kedua-dua kenyataan itu berkata semua guru dan kakitangan sekolah dikehendaki bertugas seperti biasa bermula 29 Jun ini bagi persediaan dan persiapan kerja sekolah sebelum sekolah dibuka semula pada 6 Julai.
Pengumuman itu dibuat ekoran dengan jangkitan Influenza A (H1N1) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.
Sementara itu sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Agama turut meminta supaya sekolah sama-sama memantau dan menangani secara berterusan Influenza A (H1N1) daripada merebak dengan mengambil langkah yang ditetapkan apabila sekolah mula semula nanti.
Klik disini untuk artikel selanjutnya.
Ehsan : Sim. Y.H (Media Permata)Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Post a Comment