Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

2nd Contact Time

Wednesday, February 17, 2010

17hb Februari 2010.

Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Bahagian Pentadbiran bersama Guru-Guru SRPU kali ke-2 di Bilik Muzakarah sekolah ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Hjh Fatimah Bte Hj Awg Ali selaku Pmk. Gurubesar SR Pusar Ulak.

Mesyuarat dimulakan dengan kongsisama laporan hasil Lawatan Bahagian Unit Promosi Kesihatan baru-baru ini dan diikuti dengan hasil dapatan dari Perjumpaan Professional Gurubesar-Gurubesar & Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah Rendah.

Cikgu Hjh Fatimah memaklumkan antara lain pesanan daripada pegawai-pegawai atasan ialah mengenai penekanan kualiti setiap guru yang disingkatkan melalui kata akronim ASK (A:attitude, S:skill, K:knowledge).

Beliau juga turut menyebut pentingnya 3K dalam setiap diri guru-guru. 3K yang dimaksudkan ialah Kreatif, Konstruktif dan Kritikal.

Antara perkara lain yang turut disentuh oleh beliau ialah mengenai Star Ranking School, Improving School Practises & lain-lain.

Dalam masa yang sama,
Penolong Gurubesar, Cikgu Hj Taha Hj Metali turut memaklumkan mengenai pemilihan sekolah dalam Pengibaran Bendera sempena Sambutan Ulang tahun Hari Kebangsaan NBD yang ke 26 tahun pada 23hb Februari ini nanti. Beliau menekankan mengenai soal keselamatan, kebersihan dan jumlah murid-murid yang akan terlibat nanti.

Pihak pentadbiran mengharapkan kerjasama penuh daripada semua guru-guru serta kakitangan sekolah dalam menjayakan sebarang projek yang telah dirancang. Sebarang perubahan dan maklumat tambahan akan dimaklumkan sesegera yang mungkin.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.