Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Hari Kebangsaan ke 26 tahun.

Tuesday, February 23, 2010

23hb Februari 2010.

Seramai lebih kurang 70 orang murid-murid dari Tahun 5 & 6 telah mengikuti Acara mengibar bendera kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 pagi ini.


Seawal 6.30 pagi lagi, guru-guru telah hadir untuk mengambil kedatangan murid-murid sebelum memberikan taklimat ringkas mengenai tata tertib semasa pengibaran nanti.

Rombongan sekolah termasuk seramai lebih kurang 40 orang guru-guru diketuai oleh Pmk. Penolong Gurubesar Cikgu Hj Taha Bin Hj Metali telah sedia mengambil tempat di kawasan pengibaran bendera yang ditetapkan pada pukul 7.45 pagi. Disebabkan hujan renyai yang telah turun dari awal pagi, guru-guru telah cuba memastikan setiap murid terlindung samada dengan menyediakan payung-payung tambahan dan berkongsi sama.


Kegembiraan murid-murid jelas kelihatan apabila rombongan kenderaan yang dinaiki oleh KDYMM Sultan Hj Hassanal Bolkiah, Sultan Yang Di Pertuan NBD melalui kawasan pengibaran sekolah.





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.