Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Maulidur Rasul

Friday, March 5, 2010

4hb Mac 2010.

Sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW, Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 1431H/2010M telah diadakan bagi Peringkat Sekolah Rendah Pusar Ulak hari ini.


Sambutan dimulakan dengan laungan dikir maulud beramai-ramai (guru-guru & murid) serta diikuti dengan Perarakan Maulud mengelilingi kawasan sekolah.


Sambutan turut dimeriahkan dengan Persembahan Murid melalui Bacaan Azan & Doanya, Bacaan Ayat Lazim (Surah Ad-Dhuha) serta Dikir Khairuman dari murid-murid Rendah Atas.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, Peraduan Mewarna Jawi serta Menulis Tulisan Jawi juga telah diadakan beberapa hari sebelum hari Sambutan. Justeru itu, penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Peraduan telah disampaikan hari ini oleh Pmk Gurubesar SRPU, Cikgu Hjh Fatimah Bte Awg Hj Ali.

Majlis juga turut diselang selikan dengan Acara Kuiz Maulidur Rasul yang terbahagi kepada Segmen Murid-Murid dan juga Segmen Guru-Guru. Ini memberi peluang kepada semua warga sekolah mengambil bahagian dalam sambutan yang penuh bermakna ini.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.