Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Pelajar Cemerlang 2009

Friday, April 23, 2010

21 April 2010.

Pada Rabu petang yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah-Sekolah Rendah Senegara, Kementerian Pendidikan bagi Tahun 2009.

Majlis telah dihadiri oleh YB Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awg Hj Abdul Rahman Bin Dato Setia Hj Mohammed Taib, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut.

Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah-Sekolah Rendah Senegara adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan motivasi pembelajaran pelajar-pelajar disamping mengwujudkan semangat persaingan sihat di kalangan mereka.

Pelajar-pelajar yang berjaya terpilih untuk menerima hadiah adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditentukan. Kriteria pemilihan itu meliputi kemajuan pelajaran, ketekunan dan kesungguhan pembelajaran, budi serta akhlak yang mulia, patuh kepada peraturan, kedatangan yang cemerlang serta aktif dalam kegiatan luar darjah.

Pada tahun ini seramai 289 orang pelajar telah menerima Hadiah Pelajar Cemerlang PSR 5A 2009. Manakala 55 orang telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Setiap pelajar telah menerima Sijil Penghargaan, Wang Tunai dan Buku-Buku Bacaan dari Kementerian Pendidikan.

Alhamdulillah, dua orang murid dari SR Pusar Ulak telah berjaya masuk ke senarai yang telah dinyatakan. Tahniah kepada Mohammad Raihan Bin Zaki (Pelajar Cemerlang PSR 2009) serta Muhammad Taufiq Hidaytullah Bin Awg Ahmad (Pelajar Cemerlang Tahun 1 bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2009).

Setinggi-tinggi tahniah kepada dua pelajar terbabit!

sumber : buku program majlis / suriani muhammad

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.