Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Kesibukan 5hb April...

Sunday, April 10, 2011

5hb April 2011.

Pada Selasa 5hb April 2011, dua aktiviti sekolah telah mengambil tempat di waktu petang.

Aktiviti pertama yang melibatkan lebih kurang 100 orang murid-murid sambil diiringi oleh guru-guru pengawas telah membuat lawatan ke Pameran Pelancongan Islam yang diadakan di Bangunan Darulifta' di Jalan Babu Diraja.

Pameran yang turut memaparkan replika-replika sebenar pedang dari jumlah keseluruhan 15 Artifak pameran The Scared Trust (Pedang Nabi) dari Istana Topkapi di Istanbul, Turki, dengan mempamerkan sejumlah Pedang Nabi (Sallallahu Alaihi Wasallam) dan Staf Nabi Musa (Alaihissalam) yang dipaparkan buat pertama kalinya di Brunei Darussalam juga turut menarik perhatian murid-murid ketika mengunjungi pameran tersebut.

Aktiviti kedua pula melibatkan Pasukan Tarian SRPU yang menyertai Peringkat Saringan bagi Pertandingan Tarian Asli bagi Sekolah-Sekolah Rendah dan Swasta kali ke-35 yang diadakan di Dewan Muhibah, Pejabat Daerah Brunei/Muara, Berakas. Pasukan sekolah mendapat saingan sengit daripada 3 buah pasukan sekolah lain yang turut membawakan lagu yang sama. Alhamdulillah, pasukan sekolah telah terpilih untuk masuk ke Peringkat Separuh Akhir yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Gambar-gambar bagi aktiviti diatas akan dimuat-turun pada hujung minggu ini.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.