Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 
Showing posts with label eca. Show all posts
Showing posts with label eca. Show all posts

Latihan Intensif ...

Wednesday, March 16, 2011

Menjelang cuti penggal pertama persekolahan, pihak sekolah kini sedang sibuk mengemas kini Data bagi School Based Assessment Semester Pertama.

Dalam masa yang sama, melalui Bahagian Ko-Kurikulum, Pasukan Bola Jaring SRPU dan Pasukan Tarian SRPU turut giat menjalani latihan intensif masing-masing. Jadual perlawanan bagi Peringkat Saringan akan diadakan pada Bulan Pertama Penggal Kedua Persekolahan nanti.





Latihan tersebut akan terus dijalankan secara berterusan semasa cuti persekolahan nanti. Makluman mengenai perkara tersebut akan diedarkan kepada murid-murid yang terlibat sahaja. Harap maklum.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Taklimat Biro Kawalan Narkotik Sekolah Rendah Kerajaan

16hb Mac 2011

"Uncle ada ubat ni? Mau?
NDA!
Ehh...Uncle bagi free ni? Mau?
NDA!
Eh, bagi pandai ni ubat ani? Mau?
NDA!
Astaa...uncle bagi ni, jarang uncle offer arah orang ni? Mau?
NDA!
Eh, eksenmu tu..banarnya ko mau kan?
NDA! NDA! NDA!!

NDAKU MAU!"

Itulah sketsa spontan antara murid-murid SR Pusar Ulak dan pegawai BKN yang berlakon sebagai pengedar dadah. Menarik dan sangat berkesan.

Taklimat hari ini disampaikan oleh seorang pegawai dari BKN yang memberi penerangan mengenai jenis-jenis dadah, kesan penggunaan kepada tubuh badan serta hukuman undang-undang ke atas mereka yang terlibat dalam pengedaran dadah.

Syabu, heroine, codeine, ganja, inhalan dan diazepam adalah antara yang disebutkan dalam taklimat tersebut. Turut diterangkan melalui slaid ialah nama-nama 'pasaran' bagi dadah-dadah tersebut dengan tujuan mengelirukan orang awam dan pihak berkuasa.

Antara nama-nama 'pasaran' bagi dadah-dadah tersebut ialah ice, gulai, tapung, lauk putih, powder dan lain-lain lagi. Setiap dadah mempunyai nama 'pasaran' dan kelas yang berlainan.

Slaid yang disediakan turut menunjukkan perubahan fizikal bagi penagih-penagih dadah.

Taklimat diakhiri dengan tepukan beramai-ramai dengan tepukan rasmi NDA PADA DADAH.

kunci! kunci! kunci!
tepuk! tepuk! tepuk!
nda! nda! nda!
NDA pada dadah!

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Kejohanan Bolasepak - Hari Pertama

Monday, April 26, 2010

26hb April 2010.

Bertempat di Padang UNISSA, Jalan Pasar Baru telah berlangsung Kojohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah bagi Kawasan Brunei I.


Perlawanan pembukaan bagi Peringkat Awal tersebut menyaksikan pertemuan sengit antara Pasukan SR Sungai Siamas dan Pasukan SR RIF di Padang B. Manakala di Padang A pula ialah Pasukan SR Chung Hwa bertemu SR Datu Ahmad.



SR Sg Siamas berjaya menewaskan lawannya dengan keputusan 3-0. Sementara SR Chung Hwa dan SR Datu Ahmad berkesudahan dengan seri 2-2. Namun pada masa tambahan menyaksikan kemenangan berada di pihak SR Datu Ahmad.


Perlawanan seterusnya akan dilangsungkan pada hari Rabu 28hb April 2010, bagi perlawanan - perlawanan berikut :

Perlawanan 3 antara SR Hj Tarif bertemu dengan SR Sg Kebun,
Perlawanan 4 SR Saba Darat bertemu SR Bendahara Lama,
Perlawanan 5 SR PAP Besar bertemu SR Pehin Jamil, dan
Perlawanan 6 SR Mabohai bertemu SR Pintu Malim.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.