Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 
Showing posts with label hari guru brunei. Show all posts
Showing posts with label hari guru brunei. Show all posts

Cuti Khas Hari Guru

Wednesday, October 8, 2008

Dimaklumkan bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui warkah HMP30/1990/III bertarikh 9 Ogos 2008 bahawa Baginda telah mengurniakan perkenan supaya sekolah-sekolah di seluruh Negara diberikan cuti khas pada 18hb Oktober 2008 (Sabtu) sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 18.

Cuti berkenaan akan digantikan dengan cuti sekolah pada bulan Disember 2008.

Rujukan : SRPU/F/18


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Guru Pembentuk Tunas Bangsa

Ringkasan Tema Hari Guru Kali ke 18 Tahun 2008

"...berhasrat agar Tunas Bangsa mempunyai nilai yang tersendiri, menjadi tunas yang sihat, yang turut berusaha menwujudkan Negara yang bebas jenayah, mempunyai jati diri dan patriotik, mejadi pemimpin unggul dan menjadi modal insan berkualiti.."

Titah Kebawah DYMM Sultan Hj Hassanal Bolkiah sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 24 tahun.

Definisi 'Tunas Bangsa (Pendidikan)
Pelajar-pelajar yang sedang berada di sekolah dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah/maktab hingga ke peringkat universiti.

Peranan Tunas Bangsa
- Menerima ilmu daripada guru.
- Mempelajari semua mata-pelajaran, kemahiran termasuk nilai-niali murni.
- Menghormati guru, ibubapa dan rakan sebaya.
- Memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Peranan Guru
- Membentuk tunas bangsa menjadi warga yang berpendidikan, matang, berdaya saing, prihatin, penyayang, hormat, siapsiaga, berdikari, berkeyakinan diri, bertakwa.......
- Sedia berkorban masa dan tenaga dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
- Sedia menghadapi pelbagai ragam pelajar.
- Melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan ilmu pedagogi terkini.
- Berperibadi dan berakhlak mulia dan mempunyai sifat patriotisme.

Kesimpulannya
- Menekankan peranan guru sebagai pembentuk tunas bangsa.
- Tanggungjawab guru untuk mendidik dan memberikan ilmu dengan penuh dedikasi, minat dan komitmen.
- Murid bertanggungjawab menerima ilmu dan belajar bersungguh-sungguh.

edited by : Raine.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Happy Teachers Day

Tuesday, September 23, 2008

"Enhancing Teachers Professionalism Towards The National Education System For The 21st Century"

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Allahyarham USMAN AWANG
1979


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka dia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu itu, pahalanya tidak kurang sedikit pun daripada pahala orang itu.
"
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.