Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Khamis Yang Ceria....

Saturday, January 10, 2009

9hb Januari 2009

1. Peperiksaan Ulangan PSR


8.00 pagi: Seramai 84 orang murid dari 13 buah sekolah menduduki Peperiksaan Ulangan PSR bagi mata pelajaran Mathematics di Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak hari ini. Peperiksaan akan diteruskan sehingga 13 Januari 2009.

2. Lawatan

9.00 pagi: Tiga orang nazir dari Jabatan Kenaziran Kementerian Pendidikan seperti lazimnya setiap tahun telah datang melawat Sekolah Rendah Pusar Ulak bagi memantau persekolahan awal tahun. Perbincangan pihak kenaziran dengan pihak sekolah berjalan lancar dan isu-isu semasa pendidikan turut jadi fokus perbincangan.


10.00 pagi: Sekolah Rendah Pusar Ulak juga dikunjungi oleh Cikgu Hj Salim bin Hj Muntol (Penyelia Kanan Daerah Brunei I dan II) dan Cikgu Hj Awang bin Hj Abd Ghani (Penyelia Daerah Brunei I). Perbincangan dengan Guru Besar menjurus kepada keramaian murid, guru serta bebanan mengajar guru. Sumbang saran telah diberikan bagi menangani masalah yang dihadapi pihak sekolah.


3. Perjumpaan Guru Besar, Guru Kanan Pentadbiran, Guru Pengawas dengan Kakitangan Sekolah

11.30 pagi: Guru Besar telah memberikan taklimat kepada kakitangan sekolah yang terdiri daripada tukang masak, pembersih dan tukang kebun tentang tugas-tugas mereka. Beliau memaklumkan bahawa kakitangan akan menjadi ahli dari bahagian yang telah ditentukan dan akan diketuai oleh seorang Guru Pengawas. Mematuhi arahan Ketua Pengawas adalah menyamai dengan mematuhi arahan Guru Besar.

Guru Besar juga menekankan peranan setiap kakitangan bagi kemajuan sekolah dengan mengongsikan cerita yang pernah disampaikan oleh PPKD Brunei I tentang seorang pembersih yang bertugas di NASA. Apabila ditanya oleh seorang Presiden pada waktu itu apakah peranan pembersih berkenaan di tempat berkenaan? Pembersih berkenaan menjawab bahawa beliau mempunyai peranan penting bagi membantu menghantar angkasawan ke bulan. Oleh itu, Guru Besar menekan kepentingan setiap orang dan bagaimana peranan mereka berkait dengan kelancaran perlaksanaan pendidikan di sekolah seperti dalam penyediaan permakanan yang sihat, kebersihan sekolah dan keindahan, kemudahan yang disediakan di perpustakaan, keselamatan bangunan dsb. Peranan setiap kakitangan dalam hal ini telah banyak membantu kejayaan murid-murid Sekolah Rendah Pusar Ulak setiap tahun.


4. Perjumpaan Guru Besar dengan Pegawai Pendidikan Bahagian Lanjutan

12.30 tgh - Pegawai Pendidikan Bahagian memaklumkan tentang Taklimat bagi pelajar-pelajar baru tahu 2009 yang akan diadakan pada hari Ahad 11 Januari 2009 jam 2.30 petang. Guru Besar dikehendaki hadir untuk turut sama menyampaikan serba sedikit tentang hal ehwal penggunaan bilik-bilik darjah seperti tahun sebelumnya.


5. Mesyuarat Badan Disiplin dan Prefek SR Pusar Ulak

2.00 ptg: Cikgu Shamra bin Hj Masri (Ketua Bahagian Disiplin dan Prefek) telah mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahlinya. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Muzakarah SR Pusar Ulak.

BubbleShare: Share photos - Easy Photo Sharing


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.