Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAGI PELAJAR KURANG MAMPU

Wednesday, January 7, 2009

Sekolah Rendah Pusar Ulak bernasib baik kerana telah menerima huluran bantuan daripada sebuah kelab sukarelawan iaitu Rotary Club yang memberikan bantuan berupa beg sekolah dan alat tulis kepada murid-murid yang kurang mampu.

Hari ini, 23 orang murid yang ditentukan oleh Pihak Pentadbiran Sekolah telah menerima huluran bantuan dari kelab tersebut. Majlis penyampaian sumbangan telah dilaksanakan di Bilik Muzakarah Sekolah Rendah Pusar Ulak pada 7 Januari 2009. Hadir di dalam majlis berkenaan ialah
Presiden Rotary Club, Awg Tiong Huat Hee. Sebelum majlis ini dilangsungkan pihak sekolah telah dihubungi oleh salah seorang ahli kelab iaitu Mr Pek Hai Hin yang telah sama-sama membincangkan alatan yang sesuai untuk dibekalkan bagi meringankan bebanan pelajar yang kurang mampu.


Majlis Penyampaian Sumbangan telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Guru Besar Sekolah Rendah Pusar Ulak, Cikgu Hjh Salwati binti Hj Md Sulaiman, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas usaha kelab sukarelawan ini dalam perkhidmatan kemasyarakatan dan adalah diambil maklum bahawa mereka melakukan aktiviti ini atas dasar pemeduliaan terhadap mereka yang memerlukan. Beliau berharap agar aktiviti kelab seperti akan berterusan dan akan lebih banyak kelab lagi yang akan mengikut jejak kelab ini.

Majlis tersebut diteruskan dengan ucapan Presiden Kelab Rotary,
Awg Tiong Huat Hee dengan menjelaskan tujuan sumbangan tersebut juga adalah atas keperihatinan kelab tersebut kepada murid-murid yang memerlukan di negara ini.



Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden Kelab Rotary kepada murid-murid yang dipilih. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai murid bersama guru-guru dan ahli-ahli kelab Rotary.


Bagi pihak Warga Sekolah SRPU, sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan ini, semoga sumbangan daripada
Rotary Club akan berterusan di masa akan datang...Jumpa lagi di tahun depan..:)

BubbleShare: Share photos - Easy Photo Sharing




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.