Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

MATHS TRAIL YEAR 6

Friday, January 30, 2009

29 January 2009 - 13 buah Sekolah-Sekolah Rendah Brunei 1 hari ini berentap bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan Maths Trail bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang diadakan di Taman Peranginan Tasek Lama. Pertandingan dianjurkan oleh PPKD Brunei 1 iaitu Cikgu Hj Jaafar bin Hj Ahmad dan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah Brunei 1 (JAPSER Br 1). Hadir selaku Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah Ketua Unit Pendidikan Khas iaitu Hj Abd Aji bin Hj Ishak. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Rendah, Cikgu Aidin bin Hj Abu Bakar, PPKD Brunei IIA iaitu Cikgu Hj Zulkifli bin Hj Ladis, Penyelia Kanan Daerah iaitu Cikgu Hj Salim bin Hj Muntol dan Penyelia Daerah Brunei 1 iaitu Cikgu Hj Awang bin Hj Abd Ghani.

Antara objektif aktiviti yang mencabar minda dan fizikal ini ialah agar pelajar dapat mengaitkan matematik dengan kehidupan seharian dan alam sekitar, mengukuhkan kemahiran Matematik yang dipelajari di bilik darjah, mengaplikasikan kemahiran yang mereka kuasai ke dalam kehidupan sekitar mereka dan meningkatkan keseronokan dalam pembelajaran Matematik. Ahli jawatankuasa teknikal bagi pertandingan ini merupakan guru-guru yang lulusan B.Ed Primary Science and Maths Education yang telah berkerja keras selama beberapa bulan bagi penyediaan aktiviti yang dijalankan.

Juara bagi pertandingan pada hari tersebut ialah pelajar-pelajar dari SR Hj Tarif diikuti oleh SR Mabohai dan SR Pusar Ulak pula di tempat ketiga.

Tahniah kepada Pasukan SR Pusar Ulak! Semoga dapat 5A dalam PSR nanti...Ammiinnnn..."SRPU Boleh".


more pictures on http://srpusarulak.fotopages.com


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.