Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Early Intervention Program (EIP)

Wednesday, February 25, 2009

25hb Februari 2009


Sekolah Rendah Pusar Ulak (SRPU), hari ini telah mengadakan Sesi Taklimat bagi Program Intervensi Peringkat Awal khusus untuk ibu-bapa/ penjaga murid-murid yang terpilih bagi Tahun 1. Seramai lebih kurang 22 orang ibu-bapa serta penjaga menghadiri majlis taklimat tersebut yang diadakan di Bilik Muzakarah, SRPU. Hadir selaku pengerusi taklimat ialah Guru Besar SRPU sendiri, Cikgu Hjh Salwati Haji Muhammad Sulaiman; Penolong Gurubesar, Cikgu Hjh Fatimah Bte Hj Awg Ali serta beberapa orang guru kanan sekolah ini.

Dalam ucapan alu-aluan beliau menyebut, antara objektif taklimat ini diadakan ialah untuk memberi maklumat kepada ibu-bapa/penjaga mengenai cara-cara perlaksanaan Intervensi Peringkat Awal tersebut. Program ini membolehkan murid-murid agar dapat membaca suku-kata dan menyebut semua perkataan yang telah dipelajari yang mempunyai 2 sukukata terbuka dengan betul.

Rancangan Perlaksanaan Program ini terbahagi kepada 5 peringkat iaitu :
  • Perbincangan dengan Guru (November '08 - Januari '09)
  • Taklimat / Perbincangan Ibubapa (25 Februari '09)
  • Pengajaran / Intervensi ( 2 Mac - 14 Mac '09)
  • Penilaian (16 Mac & 17 Mac '09)
  • Kaji semula /Pelepasan dari program (2 April '09)
Murid-murid akan dibantu berdasarkan konsep Individual Education Plan (IEP) atau Remedial Educational Program.

Pengerusi turut merakamkan ucapan penghargaan terima kasih dan berharap agar kerjasama padu dari pihak ibubapa/penjaga dalam menjayakan program ini nanti.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.