Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Perjumpaan Guru-Guru Tahun 4 (SPN21)

Friday, March 20, 2009

19 Mac 2009 - 2.00 pm @ Bilik Muzakarah SRPU

Perjumpaan bagi guru-guru Tahun 4 yang mengajar mata-mata pelajaran Teras, yang telah dirancang oleh Cikgu Norbaini binti Hj Abdullah, Timbalan Pengerusi JAPSER Brunei 1 telah dihadiri oleh lebih kurang 50 orang guru. Turut hadir ialah PPKD Brunei 1, Cikgu Hj Jaafar bin Hj Ahmad dan Pengerusi JAPSER Brunei 1, Cikgu Ismail bin Hj Tia serta Guru-Guru Besar & Penolong-Penolong Guru Besar Brunei 1.

Antara objektif perjumpaan adalah bagi membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi guru-guru di dalam pengajaran mata-mata pelajaran baru dengan teknik pengajaran yang bervariasi. Perkara-perkara seperti rancangan mengajar, isi kandungan dan penilaian menjadi perbincangan utama.  

PPKD Brunei 1, turut memberikan beberapa sumbang-saran bagi guru-guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran. Antaranya ialah supaya guru-guru lebih bertindak berani dan berinisiatif dalam mengenalpasti kemahiran-kemahiran
 yang MESTI dikuasai murid (must do) dan mengatur perancangan mereka mengikut susunan: 'Must Do', 'Should Do' dan 'Could Do'.

Adalah harapan JAPSER Brunei 1 untuk memberikan sokongan kepada guru-guru bagi menghadapi perubahan dalam pendidikan secara berterusan di samping mempastikan pembelajaran murid diberikan keutamaan.




BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

HSHMS/masyani


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.