19hb Mac 2009
Seramai lebih kurang 400 orang murid dan 45 orang guru-guru serta kakitangan SR Pusar Ulak (SRPU) pagi ini bergegas ke kawasan lapang berdekatan sekolah tersebut. Ini berikutan kejadian kebakaran yang berlaku di Bilik ICT 2 tingkat 3, Blok A di sekolah tersebut.
Loceng kecemasan segera dibunyikan dan murid-murid segera diarahkan dan dikerah menuju ke kawasan-kawasan selamat sambil diawasi oleh guru masing-masing. Hampir keseluruhan murid-murid dan guru-guru dapat berkumpul di kawasan selamat kurang dari 2minit masa khas yang disediakan.
Tiada mangsa kecederaan dan kemusnahan harta benda dilaporkan.
Senario tersebut adalah merupakan sebahagian daripada Aktiviti Latihan Kebakaran di SRPU yang dijalankan hari ini. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Bahagian Kecemasan yang diketuai oleh Cikgu Hjh Artinah Bte Abdullah.
Latihan bagi menghadapi situasi kemungkinan berlakunya kebakaran perlu dipandang serius semua pihak. Ia penting agar keselamatan tetap dapat dijaga walaupun dalam keadaan cemas menghadapi situasi sebenar punca kebakaran yang berlaku.
Album disini.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
SEO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment