Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Sambutan Maulidur Rasulullah SAW

Wednesday, March 18, 2009

18hb Mac 2009

Sekolah Rendah Pusar Ulak, hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasulullah S.A.W Peringkat Sekolah bagi Tahun 1430H yang bertempat di Dewan SR Pusar Ulak (SRPU) dan kawasan
lapang sekolah ini.

Acara bermula dengan laungan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW diketuai oleh Uztaz Deli Bin Kamarulzaman di dalam dewan. Acara diikuti dengan perarakan ramai di sekeliling kawasan sekolah yang disertai oleh lebih kurang 400 orang murid-murid SRPU dan 45 orang guru-guru sekolah ini.

Acara diteruskan dengan Al-Kisah Nabi-Nabi A.S yang disampaikan oleh Gurubesar SRPU sendiri, Cikgu Hjh Salwati Bte Hj Md Sulaiman. Sejurus selepas itu, satu kuiz telah diadakan yang berkisar mengenai kisah kehidupan Nabi-Nabi A.S yang baru sahaja disampaikan.


Majlis direhatkan sebentar bagi membolehkan murid-murid serta guru-guru menikmati jamuan dan sekaligus melaksanakan Peraduan Mewarna & Menulis Tulisan Jawi yang mengambil tempat di bilik darjah masing-masing.

Acara diteruskan dengan Persembahan Azan serta Peraduan Bacaan Ayat-Ayat Lazim daripada pelbagai peringkat kelas dan kategori. Majlis diakhiri dengan Penyampaian Hadiah bagi semua peraduan yang dipertandingkan sekaligus dengan Penyampaian hadiah bagi Pakaian Guru ala-Arab terbaik lelaki/perempuan.

BubbleShare: Share photos - Easy Photo Sharing

Album disini.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.