13 April 2009.
Seramai 9 orang guru-guru SRPU selaku peserta bengkel dan seorang guru selaku pemudahcara telah menghadiri Majlis Penyampaian Bengkel Pengukuhan Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Inggeris (RELA) Sesi 2007/2008.
Majlis yang mengambil tempat di Dewan Sekolah Rendah Rimba 1 itu turut dihadiri oleh Awg Aidin Bin Haji Abu Bakar (Pmk Pen. Pengarah - Rendah), Awg Haji Abdul Rahman Bin Haji Nawi (Pmk. Pen. Pengarah Perkembangan Kurikulum dan AJK-AJK yang lainnya.
Antara fokus utama bagi perlaksanaan bengkel RELA yang diadakan ialah bagi menyokong antara objektif-objektif SPN21 khusus bagi merealisasikan tema 'Fun, Play & Learn More' melalui pelbagai cara dalam teknik pengajaran mahupun pembelajaran.
Turut disebut dalam salah satu teks ucapan pada petang itu ialah mengenai satu guideline yang akan dikeluarkan bagi kemudahan guru-guru Tahun 1 khususnya untuk sistem pembelajaran Phonics. Menyedari pentingnya sistem phonics di peringkat rendah, maka guideline tersebut akan digunakan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Guideline tersebut nanti akan lebih berfokus kepada oracy skill bagi setiap murid-murid.
Seramai 49 orang pemudahcara dan 180 orang peserta bengkel telah menerima sijil penyertaan mereka petang ini.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
SEO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment