Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Klinik PSR

Saturday, April 11, 2009

8hb April 2009.

Jawatankuasa Kaunselor Pembantu-Pembantu Kawasan Brunei I telah mengusahakan satu aktiviti Klinik Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi membantu murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah agar mereka berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan tidak ketinggalan dalam bidang akademik.

Antara objektif bagi Aktiviti ini ialah untuk membantu murid-murid mempelajari dan mengamalkan teknik belajar berkesan, untuk memberikan murid-murid tips-tips penting untuk menghadapi peperiksaan, membantu murid-murid membina motivasi belajar yang berterusan dan bagi mengeratkan perhubungan antara rakan-rakan sebaya mereka.

Klinik PSR bagi SR Raja Isteri Fatimah (SR RIF) dan SR Pusar Ulak (SRPU) telah diadakan di Dewan Serbaguna, SRPU pada 8hb April yang lepas.

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Gurubesar SR RIF, Cikgu Pg Nor'ain Bte Pg Hj Mohammad selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis.

Antara intipati Klinik PSR pagi itu ialah Teknik Belajar SQ3R, Teknik Peta Minda serta Aktiviti Praktikal.

Besar harapan daripada pihak Jawatankuasa agar Projek Klinik PSR ini akan dapat memberikan perubahan ketara khusus kepada kumpulan sasaran.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.