11hb April 2009.
Minggu 13 dan Minggu 14 telah ditetapkan sebagai Minggu Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah Pusar Ulak. Aktiviti yang diketuai oleh Guru Kanan Akademik, Cikgu Hjh Rozita Bte Hj Ahmad selaku Guru Bahasa Melayu melibatkan semua peringkat darjah di sekolah ini.
Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama dan ke-dua telah diadakan di kawasan lapang di antara Blok A dan B. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Teka Silang Kata, Cari Perkataan Tersembunyi, Jutawan Perkataan, Kalendar Bergerak dan lain-lain.
Manakala hari ini, SR Pusar Ulak telah mengadakan Aktiviti Bahasa Melayu melalui pelbagai acara Sukan. Lebih banyak aktiviti akan diadakan nanti bagi menjayakan Minggu Bahasa Melayu, SRPU ini.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
SEO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment