Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Koir Pendidikan Keselamatan Jalanraya

Saturday, May 16, 2009


Sebanyak 10 buah Sekolah-Sekolah Rendah berjaya memasuki Peringkat Separuh Akhir Pertandingan Koir Pendidikan Keselamatan Jalan Raya kali pertama tahun 2009 anjuran bersama Kementerian Pendidikan dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd.

Sebanyak 10 sekolah tersenarai hari ini diumumkan di bahagian pendidikan swasta selaku pengendali pertandingan antaranya adalah Sekolah Saint George BSB, Sekolah Rendah Rimba II, Seri Mulia Sarjana International School, Sekolah Rendah Bendahara Sakam, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Lima lagi sekolah yang berjaya menempah ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 20 Mei 2009 ini adalah Sekolah Al-Falaah, Sekolah Rendah Dato Othman, Seri Mulia Sarjana School, Sekolah Rendah Serasa dan Sekolah Rendah Kiarong.

10 sekolah itu akan bertanding di peringkat separuh akhir yang dijangka berlangsung di Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak $2,000 serta piala dan sijil.

Di tempat kedua akan meraih hadiah $1,700 dan di tempat ketiga akan menerima $1,500 dan sepuluh peserta terbaik akan menerima hadiah sagu hati serta sijil dan piala selain terdapat 3 hadiah khas antaranya adalah ciptaan lagu, lirik dan persembahan terbaik.

Tema bagi pertandingan Koir Pendidikan Keselamatan Jalan Raya kali pertama tahun 2009 ini adalah "Pendidikan Keselamatan Jalan Raya" yang antaranya adalah pendekatan baru yang diselaraskan dengan SPN 21 iaitu pendidikan muzik di peringkat rendah persekolahan.

Ia juga di hasratkan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan pendidikan keselamatan jalan raya selain menarik minat pelajar kepada pendidikan Muzik.

Sumber : Media Permata

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan tahniah atas usaha keras dan kerjasama pasukan koir sekolah, jurulatih, tenaga pengajar serta guru-guru secara umumnya yang memberikan kerjasama sepanjang latihan diadakan.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.