Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

LAWATAN BAKAL PEMBANTU-PEMBANTU KAUNSELOR KE SRPU

Sunday, May 17, 2009

16 Mei 2009 - 2.30 ptg

Satu kunjungan ke Sekolah Rendah Pusar Ulak telah diadakan oleh satu rombongan pelawat terdiri daripada lebih kurang 65 orang bakal pembantu-pembantu kaunselor. Sekolah Rendah Pusar Ulak merupakan salah satu destinasi rombongan berkenaan pada hari tersebut.

Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SRPU. Di dalam ucapan berkenaan beliau amat berbesar hati di atas lawatan berkenaan dan penghargaan kepada Unit Kaunseling dan Bakat Kerja. Beliau turut mengongsikan sejarah beberapa sumbangan daripada guru-guru kaunseling yang terdahulu iaitu bermula dengan Cikgu Hj Sulaiman yang merupakan guru kaunseling cawangan dan seterusnya Cikgu Pg Hj Omar bin Pg Hj Othman yang telah menjadi Guru Khas Kaunseling SR Pusar Ulak. Cikgu Pg Hj Omar telah memberikan banyak sumbangan kepada SR Pusar Ulak dan antaranya ialah beliau merupakan pencipta lagu dan lirik lagu Sekolah Rendah Pusar Ulak. Beliau berharap bakal-bakal pembantu-pembantu kaunselor akan dapat memberikan sumbangan seumpamanya dan melaksanakan program-program yang akan menaikkan prestasi sekolah dengan bersikap proaktif dan inovatif.

Para pelawat juga telah diberikan Taklimat mengenai Program Bimbingan Sekolah Rendah Pusar Ulak yang disampaikan oleh Cikgu Hj Md Shafiee bin Hj Japar, Pembantu Kaunselor Sekolah Rendah Pusar Ulak. Beliau menerangkan tentang struktur jawatankuasa Bimbingan Sekolah serta program-program yang dilaksanakan di Sekolah Rendah Pusar Ulak. Sesi lawatan diteruskan dengan kunjungan pelawat-pelawat ke bilik khas kaunselor.

Para pelawat seterusnya meneruskan lawatan mereka ke destinasi lawatan seterusnya iaitu SMJA bersama dengan Pegawai-Pegawai Unit Kaunseling dan Bakat Kerja.

Picture by : HMPenguin.
By:HSHMS


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.