Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Majlis Bertahlil & Penyerahan Derma...

Tuesday, September 8, 2009

Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yassin Diselajurkan dengan Penyampaian Derma Anak Yatim Dan Sumbangan.

8hb September 2009

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung majlis yang disebutkan di Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Brunei I. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Gurubesar SRPU Cikgu Hjh Salwati Hj Md Sulaiman, Penolong Gurubesar Cikgu Hjh Fatimah Hj Ali, Guru-Guru Kanan, Pegawai-Pegawai Pelajaran, Guru-Guru serta Kakitangan SR Pusar Ulak.

Turut hadir ialah penerima sumbangan serta lebih kurang 400 orang murid-murid SR Pusar Ulak.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Tahlil beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Md Deli Bin Kamarulzaman serta Doa dibacakan oleh Ustaz Hj Shafie Bin Hj Japar.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma anak yatim (hasil kutipan derma daripada ibubapa/penjaga) dan penyampaian sumbangan derma daripada guru-guru SR Pusar Ulak kepada dua orang murid sekolah ini kerana ibu mereka telah kembali ke rahmatullah pada 15 Julai yang lalu.


Penyampaian disempurnakan oleh Gurubesar serta Penolong Gurubesar SRPU.



Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Tahun 6, SR Pusar Ulak.

10.00 pagi.

Seramai 40 orang murid-murid Tahun 6 di SR Pusar Ulak hari ini telah diraikan dalam majlis penuh berkebajikan tersebut. Majlis dimulai dengan bacaan beramai-ramai murid Tahun 6 yang diketuai oleh seorang pengkhatam dan dibantu oleh guru pengiring peserta-peserta tersebut.

Majlis turut diiringi dengan Bacaan Tahtim & Zikir Marhaban oleh murid-murid Tahun 4 & 5.

Majlis diakhiri dengan taburan bunga rampai daripada guru-guru kepada peserta khatam dan Bacaan Doa Selamat.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.