Last Updated

11th May 2011

Main Event Of April

Minggu ICT

Other Events..

2nd Assessment
 

Peraduan Azan Subuh/Doanya serta Hafazan Ayat-Ayat Lazim

Thursday, May 6, 2010

5hb Mei 2010.

Pada hari ini, Dewan Sekolah Rendah Mabohai terus bergema dengan laungan Azan Subuh serta Doanya & Hafazan Ayat-Ayat Lazim.


Berlangsung di Dewan Sekolah tersebut ialah, Majlis Peraduan Azan Subuh serta Doanya dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Sekolah-Sekolah Rendah & Pendidikan Swasta bagi Kawasan Brunei I anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum.
Sebanyak 16 buah sekolah menghantar wakil masing-masing bagi Peraduan Azan serta doanya dan Hafazan Ayat-Ayat Lazim pada hari tersebut.

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Dzikir Syarafil Annam.

Keputusan akhir berpihak kepada Md Faris Harif Hj Md Jefry dari SR Bendahara Lama, diikuti dengan wakil dari Sek St. Andrews dan di tempat ketiga SR Dato Godam. Ianya adalah bagi Peraduan Azan serta Doanya. Manakala bagi Peraduan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim, SR Sungai Kebun muncul juara, diikuti dengan SR PAP Besar & SR Datu Ahmad.


Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan menyempurnakan Penyampaian Hadiah ialah, Cikgu Awg Nudin Bin Haji Mohammad, Pmk Pegawai Pelajaran Kanan, Br I.

Wakil dari SR Pusar Ulak,
Raja Yasmeen Shahida Bte Raja Saiful Mokhtar berjaya mendapat tempat ke-empat melalui Peraduan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim.

Penyampaian hadiah dari Pmk. Gurubesar, SR Pusar Ulak, Cikgu Hjh Fatimah Bte Hj Awg Ali kepada Raja Yasmeen di Dewan SR Pusar Ulak.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

1 comments:

Pencari Cahaya said...

:') I'm proud of u. success dunia akhirat Yasmeen.

You're Visitors #..

web counter

Quick Note.

School Diary and being set up and done independently. Thank you.